Monday, 5 September 2011

TAJ MAHAL

Selanjutnya  saya ingin berkongsi  tentang  keajaiban dunia yang seterusnya iaitu Taj Mahal.Taj Mahal juga merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.

Taj Mahal dikenali sebagai contoh karya muslim India. Selain itu, Taj Mahal dikenang sebagai lambang cinta abadi Kaisar Shan Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan simbol cinta dan hasrat. Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima.  Taj Mahal mula dibina pada 1632 dan siap  dibina pada 1648.



Taj Mahal ini dibina sempena untuk isterinya. Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya.  Sebelum meninggal, Mumtaz berpesan ‘’ingin dibuatkan makam yang tak pernah disaksikan dunia sebelumnya untuk mengenangnya’’.Jadilah Jahan kemudian mengerahkan 20 ribu tenaga kerja untuk menunaikan pesan isterinya itu.
                                                     


Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Shah Jahan telah memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah dan Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Selain itu, saya ingin berkongsi tentang sejarah percintaan Syah Jahan dan Mumtaz Mahal sehingga Taj  Mahal dikenali sebagai lambang cinta. Mengapa? Mari kita mengimbau kembali tentang riwayat hidup Syah Jahan. Shah Jahan, awalnya bernama Khurrum Shihab-ud-din Muhammad, merupakan lelaki dari Dinasti Mughal. beliau lahir dari 1592 di Lahore, dan menjadi putera ketiga yang paling disayangi.

Beliau kemudian berkahwin dengan Akbarabadi Mahal dan istrei kedua beliau ialah Kandahari Mahal. Kemudian beliau telah berjumpa dan jatuh hati dengan gadis  berusia 14 tahun iaitu Arjumand Banu Begum, cucu bangsawan Persia.




Beliau terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum diizinkan menikahi gadis  itu pada 1612. Dan selepas majlis perkahwinan  yang megah itu, isteri ketiganya itu diberi gelaran Mumtaz Mahal Begum. Mumtaz Mahal menjadi isteri yang paling disayangi dan dimanjakannya. Hal ini kerana isteri ini selalu menemaninya dalam setiap tugasannya ke luar daerah.Mumtaz sentiasa setia menemani beliau di dalam istana,mahupun semasa pertempuran di medan peperangan. Cinta mereka ini memang sangat romantik, intim, dan harmoni.

Walaupun, Shah Jahan masih menjadi  panglima perang, Mumtaz Mahal memang selalu mendampinginya dalam keadaan senang mahupun susah, suka dan duka. Kisah cinta mereka terkenal dalam kalangan tentera dan rakyat.Mumtaz Mahal sentiasa setia dengan Shah Jahan sehingga akhir hidupnya menjadi raja.




Apabila Taj Mahal siap dibina,Shah Jahan menjatuhkan arkitek Ustaz Ahmad Lauhari dengan hukuman pancung.Di samping itu, semua tukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal. Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan adalah seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.





Walau bagaimanapun, Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.



Saya rasa setakat ini sahaja saya dapat berkongsi dengan anda semua tentang keajaiban dunia ini iaitu Taj Mahal.







No comments:

Post a Comment